Salam satu agama..
"Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana didarat dan dilaut atas sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia sendiri; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak menunjukkan kepada mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan taubat )". SURAH AL-RUM 30:41
Manusia mudah lupa.. Fitrah kita, bergantung padaNya.. Pelbagai musibah yang datang tapi tidak pergi-pergi telah melanda kita, mungkin dinegara kita jarang berlaku banjir besar? Tidak pula ada Ribut taufan? Atau ribut salji? Tetapi bukankah penyakit itu juga adalah musibah? Namun sedarkah kita apa puncanya? Selsema Burung? Selsema Babi? Selsema Nyamuk? Yang terbaru Air kencing Tikus! Apa puncanya? Bukankah binatang-binatang ini telah wujud dari dulu lagi? Kenapa sekarang barulah muncul penyakit-penyakit pelik seperti ini? Sedangkan dulu hospital punyalah susah nak dicari, apatah lagi klinik?!! Nak pergi hospital pun, silap-silap boleh tercabut kepala lutut berjalan?! Sekarang ni bersepah-sepah klinik Ah Chong, Ah Wong, Ah Singh, macam-macam ah! Sampai boleh pilih-pilih lah nak yang Super Singh ke yang AhCong ke yang Mahmood ke? Jawapanya mudah, 'maksiat'..
Telah banyak maksiat yang berlaku dinegara kita, tengok sajalah Metro hari-hari ada anak express yang dibuang sana-sini dah macam anak kucing?!! Kucing pun tak buang anak! Ish ish ish.. teruknya tahap iman golongan manusia akhir zaman? Hingga telah didatangkanNya musibah agar kita kembali padaNya. Bukankah didalam surah Yassin itu ada menyatakan yang Allah itu Maha Berkuasa, dengan hanya berfirman "Kun" atau "Jadilah" maka jadilah sesuatu perkara itu! Jadi apakah kita lupa? Tak perlu asap denggi berkepul-kepul yang busok tu, tak payah nak dibunuh habis semua burung-burung, babi-babi, dan juga nyamuk-nyamuk! Yang perlu diutamakn ialah kurangkan maksiat, tingkatkan iman.. Maka secara automatiklah, kita diberkatiNya dan terhindarlah semua itu dengan izinNya!
Manusia oh manusia, janganlah ditunggu hadirnya Imam Mahadi baru kita nak berubah.. Takut kita terlupa dan terleka dek keduniaan yang sementara ini.. Salam satu agama..