Zaman sekarang, zaman serba moden.. Semuanya kita ambil mudah, usahkan dunia bahkan agama?
Nak ketawa plak bila teringat zaman kecil dulu.. Manakan tidak, peristiwa bertikam lidah dengan mak seorang kawan tentang t-shirt masih teringat-ingat tatkala Jumaat menjelma. Hahahaha..
Ok so let me storylah, semuanya bermula di hari penghulu segala hari iaitu hari Jumaat lah takkan Hari Gawai kot? Mase tu form one, nak gi solat jumaat so setelah berjanji ngan seorang kawan aku pon dtg ah umah die.. ( gune bahasa pasar ah, x best citer bahasa buku teks huhu.. ) "Adi woo Adi, Smekom!!" ( Nama aku tak ingat, so gune Adi je ah.. ) aku tercegat diluar pintu umah die yang hanya berselang lima bijik dengan umah aku. Pom pom pom sekali mak die yang sahut salam aku. Pastu mak die pon jerit laa panggil kawan aku.. Kawan aku pon menyembulkan lah diri dari tirai langsir pintu dapur dgn t-shirt hitam dan berkain pelikat. "Kejap-kejap tunggu jap" katanya. Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu, dia pon kuar.. Aku pon pelik ah, aku tanya "Ai ko nak gi macam ni je ke?" Dia pun terpinga "Kenapa?" Mana tidaknya aku tgk baik punye bnyk tengkorak pada baju t hitam dia??? Siap ada kepala kambing lagi?? Hmm... Aku pon suruh laa dia tukar, "Tukar ah baju yang sopan sket? Ganas sgt baju ko ni.." tapi yang tak tahannye sekali mak dia balas kata-kata aku.. Ble tahan laaa sound sistem mak die, siap ada sistem laser 4 penjuru lg?! Dah terkena panggilan hangit macam tu, aku pon terdiam laa..
Hmm ceteknya akal dan pemikiran ibu bapa zaman skang? Semuanya diambil mudah. Apalah akan jadi pada anak-anak andai semua ibu-bapa macam tu? Ntah, aku dengar-dengar member aku tu ada gak dua tiga kali menginap dihotel seri serenti.. Wallahhualam.. Harap-harap aku nanti tak lah jadi sampai macam tu? Huhu...