Search This Blog

Sunday, June 27, 2010

maafkan aje laa..

Salam..
Apabila anda memaafkan seseorg, tidak bermakna anda salah or dia betul? Tak juga sebaliknya? Tapi ia menunjukkan yang hubungan tesebut jauh lebih bernilai dihati anda! So just let ur ego go lah, x rugi pun.. Coz at the end u will win, myb not those fight but u win even better. Her or his heart forever are yours insyaAllah.. :-p win win situation kan? Yosh!!

Friday, June 11, 2010

Kembalilah padaNya...

Salam satu agama..
"Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana didarat dan dilaut atas sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia sendiri; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak menunjukkan kepada mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan taubat )". SURAH AL-RUM 30:41
Manusia mudah lupa.. Fitrah kita, bergantung padaNya.. Pelbagai musibah yang datang tapi tidak pergi-pergi telah melanda kita, mungkin dinegara kita jarang berlaku banjir besar? Tidak pula ada Ribut taufan? Atau ribut salji? Tetapi bukankah penyakit itu juga adalah musibah? Namun sedarkah kita apa puncanya? Selsema Burung? Selsema Babi? Selsema Nyamuk? Yang terbaru Air kencing Tikus! Apa puncanya? Bukankah binatang-binatang ini telah wujud dari dulu lagi? Kenapa sekarang barulah muncul penyakit-penyakit pelik seperti ini? Sedangkan dulu hospital punyalah susah nak dicari, apatah lagi klinik?!! Nak pergi hospital pun, silap-silap boleh tercabut kepala lutut berjalan?! Sekarang ni bersepah-sepah klinik Ah Chong, Ah Wong, Ah Singh, macam-macam ah! Sampai boleh pilih-pilih lah nak yang Super Singh ke yang AhCong ke yang Mahmood ke? Jawapanya mudah, 'maksiat'..
Telah banyak maksiat yang berlaku dinegara kita, tengok sajalah Metro hari-hari ada anak express yang dibuang sana-sini dah macam anak kucing?!! Kucing pun tak buang anak! Ish ish ish.. teruknya tahap iman golongan manusia akhir zaman? Hingga telah didatangkanNya musibah agar kita kembali padaNya. Bukankah didalam surah Yassin itu ada menyatakan yang Allah itu Maha Berkuasa, dengan hanya berfirman "Kun" atau "Jadilah" maka jadilah sesuatu perkara itu! Jadi apakah kita lupa? Tak perlu asap denggi berkepul-kepul yang busok tu, tak payah nak dibunuh habis semua burung-burung, babi-babi, dan juga nyamuk-nyamuk! Yang perlu diutamakn ialah kurangkan maksiat, tingkatkan iman.. Maka secara automatiklah, kita diberkatiNya dan terhindarlah semua itu dengan izinNya!
Manusia oh manusia, janganlah ditunggu hadirnya Imam Mahadi baru kita nak berubah.. Takut kita terlupa dan terleka dek keduniaan yang sementara ini.. Salam satu agama..

SOLUSI, Panduan hidup bersyariah..

Assalamualaikum!
Terdetik dihati rasanya untuk saya ketengahkan isu mencari panduan hidup.. Ramai manusia didunia ini yang sekadar menadah tangan berdoa berkoyan-koyan agar diberi hidayah dan petunjuk dariNya, tetapi malangnya tanpa berusaha?. Apalah ertinya hanya berdoa sedangkan usaha tidak diserta sekali? Sedarlah, sebenarnya HIDAYAH itu sendiri yang bermaksud PETUNJUK hendaklah dicari.. Masalahnya generasi sekarang ni, generasi yg konon-konon 'Up-to-date' nak baca Quran pun tak reti dah? Even ada yang baca pun, just sekadar baca tanpa fahami maksudnya! Hmm x guna juga? Kira-kira awal tahun yang lalu, saya tak sengaja terbaca majalah kepunyaan bos sendiri (Huhu jgn marah yea BOSSS). Majalah bertajuk SOLUSI, 'panduan hidup bersyariat'. Hmm motonya pun dah menggambarkan isinya, semakin dibaca semakin menarik minat (bagi yang igin mencari petunjuk lah..) kerna lengkap dengan pelbagai panduan ilmu agama.. Pelbagai kupasan ilmu kehidupan berunsur islamik dapat anda baca, so apa kata anda cari majalah ni dikedai-kedai yang berhampiran? Tak rugi wang anda, lagipun berbelanja untuk ilmu juga diberi ganjaran olehNya! Harga pun baru RM9.00! Cubalah cari? Saya pun on process mencari isu-isu yang lepas nih.. Rugi sekiranya tak dapat baca?
Selamat membaca! =P

Thursday, June 3, 2010

Ceteknya akal & iman ibu bapa hari ini..

Zaman sekarang, zaman serba moden.. Semuanya kita ambil mudah, usahkan dunia bahkan agama?
Nak ketawa plak bila teringat zaman kecil dulu.. Manakan tidak, peristiwa bertikam lidah dengan mak seorang kawan tentang t-shirt masih teringat-ingat tatkala Jumaat menjelma. Hahahaha..
Ok so let me storylah, semuanya bermula di hari penghulu segala hari iaitu hari Jumaat lah takkan Hari Gawai kot? Mase tu form one, nak gi solat jumaat so setelah berjanji ngan seorang kawan aku pon dtg ah umah die.. ( gune bahasa pasar ah, x best citer bahasa buku teks huhu.. ) "Adi woo Adi, Smekom!!" ( Nama aku tak ingat, so gune Adi je ah.. ) aku tercegat diluar pintu umah die yang hanya berselang lima bijik dengan umah aku. Pom pom pom sekali mak die yang sahut salam aku. Pastu mak die pon jerit laa panggil kawan aku.. Kawan aku pon menyembulkan lah diri dari tirai langsir pintu dapur dgn t-shirt hitam dan berkain pelikat. "Kejap-kejap tunggu jap" katanya. Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu, dia pon kuar.. Aku pon pelik ah, aku tanya "Ai ko nak gi macam ni je ke?" Dia pun terpinga "Kenapa?" Mana tidaknya aku tgk baik punye bnyk tengkorak pada baju t hitam dia??? Siap ada kepala kambing lagi?? Hmm... Aku pon suruh laa dia tukar, "Tukar ah baju yang sopan sket? Ganas sgt baju ko ni.." tapi yang tak tahannye sekali mak dia balas kata-kata aku.. Ble tahan laaa sound sistem mak die, siap ada sistem laser 4 penjuru lg?! Dah terkena panggilan hangit macam tu, aku pon terdiam laa..
Hmm ceteknya akal dan pemikiran ibu bapa zaman skang? Semuanya diambil mudah. Apalah akan jadi pada anak-anak andai semua ibu-bapa macam tu? Ntah, aku dengar-dengar member aku tu ada gak dua tiga kali menginap dihotel seri serenti.. Wallahhualam.. Harap-harap aku nanti tak lah jadi sampai macam tu? Huhu...