Search This Blog

Sunday, April 10, 2011

Kecewa putus cinta?

Salam pembuka kata.. Pelik, kenapa yek? Bila putus cinta, ramai antara kita yg umpama kena hukuman mati? Dah macam hidup ni takde benda lain yg bermakna lagi dah? Bukankah ada lagi perkara perkara lain yang penting dalam hidup kita? Malah lebih penting lagi... Tapi sayang kita terlalu memandang berat kearah itu, sedangkan yang 5 tu pun memanjang ter'missed'... Aduss kasihan mereka.. Sedarlah wahai kengkawan.. Hidup ni umpama sebuah buku. Biarlah kita hanya selak helaian demi helaiannya, jika tidak berjaya just selak halaman yang sebelah. Janganlah kita tutup terus? Kerna ia akan tertutup sendiri dengan perkara yg kita tidak tahu bila.. MAti..

Sunday, November 14, 2010

Dimana kita sekarang kerana takdir atau hasil usaha? hmmm....

Berapa ramai yang percaya semua yg berlaku kerana 'dah takdirrrr'? Fikirkanlah apa yang aku nak sampaikan ni, ada tiga perkara yang telah tertulis untuk hidup kita didunia semasa didalam rahim ibu iaitu : rezekinya, ajalnya, dan jodohnya.. Haa... so cube fikir balik betol ke dimana kita ada sekarang adalah kerana takdir jek? atau kerana hasil apa yang telah kita lakukan sebelum2 ini? Tuhan itu Maha Pemurah, diberiNya pelbagai pilihan dalam hidup. So bagi aku, takdir hanya terjadi setelah kita membuat pilihan dalam hidup. Contohnya, ada dua simpang.. ke kiri KLCC dan ke kanan Masjid Negeri? jika kita pilih ke kiri misalnya, so takdirnya kereta rosak.. dan mybe kekanan takdirnya org belanja makan.. or mybe gak sebaliknya? tak bermakna pabila kita membuat pilihan yang baik, semuanya akan baik belaka? Kerana Tuhan suka menguji hamba yg disayangiNya.. Tapi yg sebenar2 balasan samada baik atau buruk hanya kita dapat di Alam yg 'akan datang'... tilll then, daaaa =P

Salam Barakah...

Adoi dah mcm tiga tahu tak berblog, bz keja huhu.... gpown x ramai yg nak bace n komen, so jadi malas =P

Monday, July 19, 2010

Bagi perempuan, kebenaran itu menyakitkan ke? Hmm...

Ada satu pasangan suami isteri, Si isteri mencuba satu pakaian dipasaraya... Pabila si isteri bertanya, "Abang cantik tak baju ni?" Apakah yang perlu dijawab oleh si suami? Sedangkan isterinya bertubuh gempal bak seguni beras cap taj mahal! Adakah dia perlu menjawab "Tak cantik ah, kecik sangat.." si isteri akan menyangka suaminya mengatakan yg bahawanya dia gemuk! Mungkin juga "Tak cantik ah, besar sangat.." si isteri pula akan menyangka suaminya memerlinya?! Ataupun suaminya hanya perlu memalingkan kepala kepada promoter diseberang sana dan menjawab "cantik yang..." Oh kebenaran memang menyakitkan... Tetapi apakah reaksi si isteri jika tahu yang suaminya menipu pula? Even perkataan 'tak cantik' itu sendiri akan mengundang amarah si isteri? Nak tak nak terpaksalah si suami menjawab dengan jawapan yang berunsur tipooo sunat. Hmmm.... Bukankah kamu perempuan tidak suka lelaki yang menipu? tetttttt.... Hik3...
**Sisuami itu menipu untuk menjaga hati isterinya, kan ke bagus tu? Tipu sunat hehe**

Friday, July 16, 2010

bursa saham akhirat?

Hitam putih, itu kehidupan.. Timbul tenggelam jua kehidupan.. Apa yg kekal? Tiada satupun.. Yg ada cuma bekalan kita ke sana. Hai macamana laa saham aku disana gamaknya? Adakah pahala melebihi dosa? Atau dosa pula yang melebihi pahala? x ke naya?? Kalau aku boleh dapat maklumat bocor lah, rasanya tak bangun2 dah aku dari tikar sejadah tu?! Ofcoz dengan konfidennya aku tau dosa aku banyak! Itu yang aku sedar dan ingat.. Yang aku tak sedar dan lupe tu tak kire?? Yg curik rambutan kebun amat, yg kutuk dan gosip atan, yg potong barisan kat lampu isyarat, yg buang tisu kat tepi jalan.. Banyaknye dosa aku.. Sikit-sikit tak ke jadi bukit? Ntah-ntah dah jadi gunung pun?! Maha Pemurah, Dia tetap jua tak jemu-jemu menanti aku bertaubat.. Tapi kita dah terlalu terbiasa, apa yg kita dapat kita tak pernah syukuri.. Bangun pagi-pagi sehat tapi tak terucap Alhamdulillah.. Owh aku, sedarlah aku masa untuk mencantas gunung dosamu sebelum terlambat! :-P

Wednesday, July 14, 2010

menuju puncak?

Paul Marteini sorg yang aku pun tak kenal, tapi aku suka ayat mat saleh ni katanya.. 'the only job that u can start from the top, is digging a hole' firstly, maknanya tidak ada sesuatu kejayaan yg bermula dari atas! Secondly, if kita mula gak dari atas hasilnya kita makin lama makin jauh kebawah.. Betul xgak kata dia nie.. Think guys think!

Thursday, July 1, 2010

Kawan atau lawan? Hmm

'Bersahabat dengan sahabat yang baik umpama bersahabat dengan sipenjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperoleh minyak wanginya, tetapi kita tetap akan terkena tempias wangiannya.. (mcm yg ada kat uptown tu? tepis mcmn pon musti kena gak.. x pasal2 wangi semerbak jek satu keta! len mcm tu dude?! x ke naya?!)  Bersahabat dengan sahabat yg jahat pula umpama bersahabat dengan situkang besi, walaupun kita tidak terkena percikan apinya, tetapi kita tetap tidak dapat mengelak bau asapnya?! (mcm mat rempit, dia tak kenal aku pon? tapi kat trafic light, abis lekat bau myk 2t kat baju aku? kalo aku tau awal2 g aku tutop tingkap & bukak ekon? hampeh)'
So dimana kita? Dan siapa sahabat kita? Fikir2kn lah dan selamat beramal! Huhu

Sunday, June 27, 2010

maafkan aje laa..

Salam..
Apabila anda memaafkan seseorg, tidak bermakna anda salah or dia betul? Tak juga sebaliknya? Tapi ia menunjukkan yang hubungan tesebut jauh lebih bernilai dihati anda! So just let ur ego go lah, x rugi pun.. Coz at the end u will win, myb not those fight but u win even better. Her or his heart forever are yours insyaAllah.. :-p win win situation kan? Yosh!!

Friday, June 11, 2010

Kembalilah padaNya...

Salam satu agama..
"Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana didarat dan dilaut atas sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia sendiri; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak menunjukkan kepada mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan taubat )". SURAH AL-RUM 30:41
Manusia mudah lupa.. Fitrah kita, bergantung padaNya.. Pelbagai musibah yang datang tapi tidak pergi-pergi telah melanda kita, mungkin dinegara kita jarang berlaku banjir besar? Tidak pula ada Ribut taufan? Atau ribut salji? Tetapi bukankah penyakit itu juga adalah musibah? Namun sedarkah kita apa puncanya? Selsema Burung? Selsema Babi? Selsema Nyamuk? Yang terbaru Air kencing Tikus! Apa puncanya? Bukankah binatang-binatang ini telah wujud dari dulu lagi? Kenapa sekarang barulah muncul penyakit-penyakit pelik seperti ini? Sedangkan dulu hospital punyalah susah nak dicari, apatah lagi klinik?!! Nak pergi hospital pun, silap-silap boleh tercabut kepala lutut berjalan?! Sekarang ni bersepah-sepah klinik Ah Chong, Ah Wong, Ah Singh, macam-macam ah! Sampai boleh pilih-pilih lah nak yang Super Singh ke yang AhCong ke yang Mahmood ke? Jawapanya mudah, 'maksiat'..
Telah banyak maksiat yang berlaku dinegara kita, tengok sajalah Metro hari-hari ada anak express yang dibuang sana-sini dah macam anak kucing?!! Kucing pun tak buang anak! Ish ish ish.. teruknya tahap iman golongan manusia akhir zaman? Hingga telah didatangkanNya musibah agar kita kembali padaNya. Bukankah didalam surah Yassin itu ada menyatakan yang Allah itu Maha Berkuasa, dengan hanya berfirman "Kun" atau "Jadilah" maka jadilah sesuatu perkara itu! Jadi apakah kita lupa? Tak perlu asap denggi berkepul-kepul yang busok tu, tak payah nak dibunuh habis semua burung-burung, babi-babi, dan juga nyamuk-nyamuk! Yang perlu diutamakn ialah kurangkan maksiat, tingkatkan iman.. Maka secara automatiklah, kita diberkatiNya dan terhindarlah semua itu dengan izinNya!
Manusia oh manusia, janganlah ditunggu hadirnya Imam Mahadi baru kita nak berubah.. Takut kita terlupa dan terleka dek keduniaan yang sementara ini.. Salam satu agama..

SOLUSI, Panduan hidup bersyariah..

Assalamualaikum!
Terdetik dihati rasanya untuk saya ketengahkan isu mencari panduan hidup.. Ramai manusia didunia ini yang sekadar menadah tangan berdoa berkoyan-koyan agar diberi hidayah dan petunjuk dariNya, tetapi malangnya tanpa berusaha?. Apalah ertinya hanya berdoa sedangkan usaha tidak diserta sekali? Sedarlah, sebenarnya HIDAYAH itu sendiri yang bermaksud PETUNJUK hendaklah dicari.. Masalahnya generasi sekarang ni, generasi yg konon-konon 'Up-to-date' nak baca Quran pun tak reti dah? Even ada yang baca pun, just sekadar baca tanpa fahami maksudnya! Hmm x guna juga? Kira-kira awal tahun yang lalu, saya tak sengaja terbaca majalah kepunyaan bos sendiri (Huhu jgn marah yea BOSSS). Majalah bertajuk SOLUSI, 'panduan hidup bersyariat'. Hmm motonya pun dah menggambarkan isinya, semakin dibaca semakin menarik minat (bagi yang igin mencari petunjuk lah..) kerna lengkap dengan pelbagai panduan ilmu agama.. Pelbagai kupasan ilmu kehidupan berunsur islamik dapat anda baca, so apa kata anda cari majalah ni dikedai-kedai yang berhampiran? Tak rugi wang anda, lagipun berbelanja untuk ilmu juga diberi ganjaran olehNya! Harga pun baru RM9.00! Cubalah cari? Saya pun on process mencari isu-isu yang lepas nih.. Rugi sekiranya tak dapat baca?
Selamat membaca! =P