Search This Blog

Saturday, November 7, 2020

Belanjawan negara telah meluluskan pengeluaran Akaun 1 KWSP sebanyak RM500 sebulan untuk 12bulan.

Walaupun i-Lestari telah dilancarkan pada tahun 2020 berikutan wabak Covid-19 , skim ini telah memafaatkan banyak ahli yang menyumbang caruman KWSP

Di bawah bajet 2021, Kerajaan akan membenarkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP dari akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan sehingga 12 bulan (dengan jumlah RM6,000) untuk mereka yang layak. Pengeluaran ini adalah bagi membantu ahli-ahli yang kehilangan pekerjaan dan dijangka meringkanan beban kewangan bagi 600,000 ahli yang terjejas. Jumlah keseluruhan pengeluaran akaun 1 adalah 4 billion. Ahli yang layak boleh memohon mulai bulan Januari 2021. Dengan mengambil kira pengeluaran i-lestari , jumlah pengeluaran maksima adalah sehingga RM12,000 bagi setiap ahli KWSP.

Selain dari itu, kerajaan juga telah mengurangkan caruman KWSP daripada 11% kepada 9% mulai Januari 201, dimana pendapatan boleh guna negara akan meningkat sehingga RM9.3 billion.

Umumnya bantuan berikut adalah hanya tersedia bagi mereka yang layak, yang mana telah kehilangan pekerjaan dlm tempoh pkp dijalankan akibat pandemik covid19. Dapatkan maklumat lanjut dalam laman LHDN atau KWSP.

#Kitajagakita