Ambulance Service by Mahamas
Jawatan Kosong:
1.Ambulance driver
DISKRIPSI JAWATAN:
Anda bertanggungjawab untuk memandu,
menjaga dan menguruskan Ambulan dari
segi kekemasan, kebersihan dan juga
memastikan kelengkapan sentiasa lengkap
dan teratur, dan anda juga dikehendaki
menjaga pesakit yang dibawa mengunakan
kenderaan Ambulans, menjadi wakil untuk
menerima wang bayaran perkhidmatan bagi
pihak syarikat dan menyerahkan kepada
syarikat, serta lain-lain tugasan yang
diamanahkan kepada anda.
SKOP TUGASAN:
1.Dikehendaki berada ditempat bertugas
sekurang-kurangnya 15 minit sebelum masa
bertugas shif dengan pakaian seragam
Syarikat yang telah ditetapkan
2.Memastikan setiap peralatan dan
kelengkapan medikal siap sedia untuk
digunapakai.
3.Bertindak dengan serta merta apabila
mendapat panggilan kecemasan dan sampai
di tempat kejadian dalam masa yang
terpantas dengan tidak membelakangi aspek
keselamatan diri sendiri dan pesakit yang
dibawa.
4.Sentiasa berada dengan kenderaan
ambulans dalam semua kes kecemasan
terutama kes sakit jantung, kemalangan kecil
atau besar serta menguruskan pesakit atau
mangsa kemalangan mengikut peraturan
pertolongan cemas yang telah ditetapkan.
5.Bertanggungjawab terhadap keselamatan
ambulans semua kelengkapan kenderaan,
First Aid Kits dan kelengkapan pertolongan
cemas yang ditempat di dalam ambulans
yang digunakan sentiasa berada didalam
keadaan bersih, boleh digunakan serta cukup
sepertimana yang disenaraikan di dalam
borang serah menyerah tugas.
6.Melaporkan kepada Pegawai Pusat
Panggilan (CC) dengan segera jika
kenderaan ambulans terlibat dalam
kemalangan atau rosak semasa dalam
perjalanan mengambil pesakit atau dalam
perjalanan membawa pesakit. Sediakan
laporan kerosakan/ sediakan laporan
kemalangan / membuat laporan Polis bagi
setiap kemalangan yang berlaku dalamn
tempoh 24 jam.
7.Dikehendaki hadir bertugas semasa
kelepasan tugas shif jika pihak pengurusan
memerlukan perkhidmatan.
8.Dikehendaki membuat tugas Standby pada
masa kelepasan tugas jika perlu.
KELAYAKAN & PENGALAMAN:
✓ Pemegang Diploma/STPM/SPM
✓ Dapat berbahasa Inggeris/Mandarin/Tamil
adalah satu kelebihan
✓ Mempunyai latarbelakang
medik/hospital/kecemasan dialu-alukan
✓ Skill komunikasi yang baik
✓ Berpewatakan ceria dan positif
✓ Dapat menjalani tugasan dengan
supervision yang minima
✓ Tiada rekod kemalangan atau rekod
jenayah
✓ Bekas anggota badan beruniform adalah di
alu-alukan.
sila hantar resume ke alamat email:
mahamasmedic@gmail.com