Search This Blog

Monday, September 21, 2020

Apabila keuntungan mengatasi keselamatan

KONKRIT MENGHEMPAP KERETA, SALAH SIAPA?
   Baru baru ini kita digemparkan dengan berita sebuah kereta ranap setelah dihempap dengan kepingan dinding konkrit yang jatuh dari atas, ketika memandu melalui jalan awam dibawah tapak projek tersebut.
   Bayangkan anda yang sedang memandu disitu, apakah perasaan anda? Jujur admin seringkali berasa gayat apabila melalui kawasan-kawasan projek sebegini. Tidak kiralah samada ada jaring keselamatan ataupun tidak, risiko untuk apa jua jatuh dari atas adalah sangat tinggi.
   Mangsa seorang wanita walaubagaimanapun terselamat dari musibah berikut, namun tetap mengalami kecederaan ditangan dan trauma akibat kejadian tersebut.
   Setelah ada yang membongkar punca kejadian tersebut, rata-rata netizen ramai yang mempersoalkan tahap keselamatan kontraktor yg dilantik JKR tersebut. Gambar jelas menunjukkan apa yang terjadi diatas pada saat kemalangan berlaku. Apakah ada jalan singkat untuk mengaut keuntungan walaupun mengatasi segala aspek keselamatan?
   Jika dilihat dari bukti gambar yang diambil ditapak kejadian, adakah ia normal atau sebaliknya? Kepingan dinding konkrit yg dipasang dipautkan hanya pada sebatang besi yg dipasak pada lantai konkrit.. Apakan terjadi sekiranya besi tersebut patah atau bengkok? Jika difikirkan dari segi logik akal, berat dinding konrit tu takkan bisa ditampung oleh sebatang besi tersebut.
   Namun satu komentar mendapat perhatian admin apabila beliau menyatakan kepingan konkrit tersebut sepatutnya diikat seperti diatas. Bracket penahan diikat kemas pada lantai konkrit, walaupun begitu konsepnya tetap sama. Kepingan konkrit diikat pada lantai konkrit sebagai langkah keselamatan.
   Pada pendapat admin ia kelihatan lebih kukuh dan selamat berbanding keadaan asal dilokasi kejadian.
   Diatas merupakan gambarajah plan bagaimana sepatutnya kepingan dinding konkrit tersebut diikat.. Terbukti perkara ini telah diambil enteng oleh syarikat pemaju tersebut. Ia umpama bom jangka yg berdetik pada setiap saat menanti masa untuk meledak. Alhamdulillah pada kali ini mangsa masih hidup, bagaimana sekiranya terjadi lagi? Apakah nasib menyebelahi mereka sekali lagi?
   Namun.. Sayangnya berita ini hanya berlegar-legar diruang media sosial, tidak sekali menjengah ke media massa. Bayangkan berapa banyak prkara sama yang pernah terjadi dan senyap begitu sahaja? Apakah kita akan terus-menerus menjadi mangsa pada kerakusan 'mereka-mereka' yang punya kuasa? Well CASH is KING! Renung-renungkan dan selamat beramal..
   Admin amat berharap agar perkara seperti ini tidak lagi terjadi dinegara kita yg dicintai ini. Tiada jalan pintas demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.
#kitajagakita #malaysiatercinta #safetyofficerworkfromhome