Search This Blog

Wednesday, August 5, 2020

kerja dari rumah, gaji 4k 6k 8k 10k antara fantasi dan realiti..


   Kerja dari rumah gaji 4k, 6k, 8k, bahkan 10k?!!! Antara realiti dan fantasi... Dengarkan tajuk sahaja sudah pasti ramai yang tertarik dan berharap agar dapat memiliki gaji yg besar seperti itu dgn hanya bekerja dari rumah.

   Tak perlu menghadap kesesakan lalu lintas, tak perlu bangun awal, tak perlu balik lewat, tak perlu makan kedai, tak perlu berlakon sibuk, tak perlu apply cuti.. dan beribu lagi 'ke-tak perlu-an' yg tiba-tiba timbul 'pop up' dari kepala seperti iklan internet tu kan?

   Namun adakah anda tahu keperitan disebalik 'kerja dari rumah' tersebut? Atau anda hanya sekadar membayangkan kelebihan yg anda bakal miliki? Bangunlah dari tidur, realitinya didunia ini terdapat 3 perkara yg mana mustahil utk manusia kongsikan dgn individu yg lain melainkan mereka mempunyai kepentingan tersendiri. 3perkara tersebut ialah wanita,harta, dan pangkat. Ternyata tajuk tersebut tak lain tak bukan hanyalah bertujuan untuk menarik kalian menjadi keldai mereka.. Anda mungkin mendapat imbuhan, tetapi tak mungkin anda mendapat kekayaan atau kejayaan yg dikejar..

   Sudah tentu akan ada yg mempertikaikan kenyataan admin ini, sekiranya ada yg berjaya diantara ribuan manusia tersebut.. Percayalah, pengorbanan anda yg membawa anda kesana. Semuanya bergantung pada betapa besar pengorbanan yg telah anda berikan dlm usaha anda itu. Usaha hanyalah sebagai asbab, pengorbanan yg menentukan. Didunia ini kita umpama petani dan nelayan, rajin kebendang maka bergunilah berasnya.. rajin ke laut maka berkilolah ikannya.. namun apalah erti usaha sekiranya tiada pengorban yg diberikan? Umpama pemotong kayu yg berusaha memotong kayu, tapi enggan mengorbankan tenaganya.. hasilnya? Hampeh..

   Bagi admin semua ini hanyalah tahyul, untuk kerja dari rumah dan mendapat gaji yg besar pada kita rakyat marhein tak lain tak bukan hanyalah kepercayaan karut semata-mata.. Namun semua orang berhak memiliki kepercayaan mereka masing-masing, kerana kita punya pengalaman dan jalan hidup yg berbeza. Jika ditanya katak dan burung antara awan dan air mana yg lebih baik, pastinya jawapan berbeza sama sekali. So jangan stress.. Kita raikan kepelbagaian pendapat, kerana mungkin ada antara pendapat tersebut berguna buat kita dikemudian hari.

   Kerja dari rumah.. Untuk memiliki pendapatan 1k sebulan mungkin tidak mustahil, namun untuk mendapat momentum adalah amat sukar sekali. Ini kerana ia menuntut disiplin dan motivasi diri yang amat tinggi. Ternyata tak semua kita sekental mereka yg diatas (perintis).
Andaikan anda seorang seller online, untuk mendapat seorang pelanggan sahaja pun sudah memerlukan kesabaran yg tinggi. Manakan tidak? untuk melayan karenah pelanggan yg pelbagai. Kemudian apabila anda menjawab soalan yg sama (seperti siaran ulangan) utk pelanggan seterusnya lambat laun pasti membuatkan anda bosan.
Andaikan pula anda seorang you tuber atau blogger? Pada peringkat awalnya sudah tentu banyak idea yg keluar utk dijadikan bahan dlm persembahan anda. Namun selang sebulan dua sedikit demi sedikit idea anda akan kekeringan dan tandus.. akhirnya tinggallah akaun anda bersawang.

   Jadi pada yg berminat utk kerja dari rumah tu.. Admin sarankan sebelum anda meninggalkan jawatan tetap anda, demi mengejar tajuk 'kerja dari rumah gaji ribu ribu'.. Sebaliknya anda cuba kerja dari rumah secara main-main hanya sebagai 'parttime'. Manalah tahu mungkin anda mempunyai jiwa pada usaha baru anda itu (kerja dari rumah), jadi teruskanlah sampai berjaya.

   Tapi ingat... Andai anda hanya mengharapkan nasib semata-mata, maka usaha anda tak akan membawa anda kemana-mana, namun dgn DUIT semuanya pasti jadi.
   Duit yg admin maksudkan ialah Doa Usaha Ikhtiar Tawakkal
Doa - berdoalah sebelum memulai sesuatu perkara
Usaha - Usahalah seikhlas hati
Ikhtiar - Ikhtiar cari jalan sebaik boleh
Tawakkal - pengakhirannya padaNya jualah kita serahkan hasil segala usaha kita tersebut. Bertawakkal..

   Semua yg berlaku adalah dgn izinNya.. Allah yg Maha Besar. Miliknyalah pada siapapun rezeki yg ingin diberiNya. So jgn lupa pada BIG BOSS alam ini, kerana tak kira apapun atau dimanapun anda bekerja Allah lah BIG BOSS kita. Rezeki itu dariNya... TQ Allah..
Kerana dgn izinNya jualah timbul ilham utk coretan ini. Sekian..

#adminyghensem
#kerjakosonghuluselangor