01JUN, Kuala Lumpur. Dijangkakan PKPB akan tampil dgn lebih ketat pada minggu akhir menjelang 9jun. Yakni tarikh terakhir sebelum sebarang keputusan berkenaan PKPB diumumkan. Perkara pertama yang pasti diambilkira ialah larangan merentas negeri, ia adalah langkah tegas kerajaan dlm mengelakkan penyebaran rantaian COVID19 antara negeri.
Sekiranya rantaian COVID19 dapat diputuskan secara total atau sekurang kurangnya menurun pada angka tunggal, pasti akan ada berita gembira pada 9Jun ini. Walaubagaimanapun, ia semua bergantung pada statistik semasa yg dikeluarkan oleh KKM.
Melihat trend penurunan yang positif pada hari demi hari, tidak mustahil kita dapat memutuskan rantaian COVID19 terutamanya utk kes tempatan.
Moga kita terus bersama istiqomah berusaha berjuang dalam peperangan menentang musuh global tersebut.
Harap semua ikut arahan yg dikeluarkan MKN dan KKM. Jaga jarak sosial, gunakan hand sanitizer, gunakan penutup mulut terutamanya bagi mereka yg bergejala.
#stayhome
#staysafe
#kitajagakita
#nakbalikkampung
#socialdistancing