Search This Blog

Saturday, May 30, 2020

Jawatan Kosong Hulu Selangor (Rawang)

Berita gembira buat rakyat Malaysia menjelang 9Jun2020

01JUN, Kuala Lumpur. Dijangkakan PKPB akan tampil dgn lebih ketat pada minggu akhir menjelang 9jun. Yakni tarikh terakhir sebelum sebarang keputusan berkenaan PKPB diumumkan. Perkara pertama yang pasti diambilkira ialah larangan merentas negeri, ia adalah langkah tegas kerajaan dlm mengelakkan penyebaran rantaian COVID19 antara negeri.

Sekiranya rantaian COVID19 dapat diputuskan secara total atau sekurang kurangnya menurun pada angka tunggal, pasti akan ada berita gembira pada 9Jun ini. Walaubagaimanapun, ia semua bergantung pada statistik semasa yg dikeluarkan oleh KKM.

Melihat trend penurunan yang positif pada hari demi hari, tidak mustahil kita dapat memutuskan rantaian COVID19 terutamanya utk kes tempatan.

Moga kita terus bersama istiqomah berusaha berjuang dalam peperangan menentang musuh global tersebut.

Harap semua ikut arahan yg dikeluarkan MKN dan KKM. Jaga jarak sosial, gunakan hand sanitizer, gunakan penutup mulut terutamanya bagi mereka yg bergejala.

#stayhome
#staysafe
#kitajagakita
#nakbalikkampung
#socialdistancing

Jawatan Kosong Hulu Selangor (K.selangor)

Jawatan Kosong Hulu Selangor (K.selangor)

Vacancy FULL-TIME DENTIST

Jawatan Kosong Hulu Selangor (Subang)

Jawatan Kosong Hulu Selangor (Ijok)

Jawatan Kosong Hulu Selangor (Bukit Raja)

Jawatan Kosong Hulu Selangor

Jawatan Kosong Hulu Selangor (Bukit Jelutong)

Jawatan Kosong Hulu Selangor

Jawatan Kosong Hulu Selangor (Puncak Alam)

Jawatan Kosong Hulu Selangor (K.selangor)

Jawatan Kosong Hulu Selangor 2020 (tanjung malim)

Jawatan Kosong Hulu Selangor 2020 (Rawang)

Jawatan Kosong Hulu Selangor 2020

Kerja kosong untuk mereka yg diberhentikan waktu pkp ini

Berita baik kepada mereka yg telah kehilangan pekerjaan diwaktu pkp ini.
AEON menawarkan anda utk menjadi rider utk cawangan2 AEON, motosikal disediakan.. dan akan menjadi hak mereka selepas satu tahun berkhidmat.

Friday, May 29, 2020

Jawatan Kosong Hulu Selangor

Jawatan Kosong Hulu Selangor

Jawatan Kosong Hulu Selangor 2020

Jawatan Kosong Hulu Selangor (ijok)

Kerja Kosong Hulu Selangor 2020

Terus ke cawangan K.selangor dan Tj karang 99Speedmart dan isi form

Pemandu Hilux tak mengaku bersalah.. Atas tuduhan langgar peniaga pasar malam.

Pemandu Hilux mengaku tak bersalah langgar penjaja
AHLI perniagaan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, hari ini, atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga mencederakan penjaja di pasar malam pekan Bukit Sentosa, 22 Mei lalu.
Kang Ming Han, 32, yang didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.
Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
Tertuduh yang memakai baju kemeja T berwarna merah dan berseluar jeans pendek dibawa dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor jam 9.40 pagi tadi.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa berkelakuan tidak senonoh apabila mengeluarkan kata-kata kesat pada anggota polis di Balai Polis Bukit Sentosa, Hulu Selangor dan didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis.
Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM500 atau kedua-duanya sekali.
Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan cubaan membunuh terhadap penjaja iaitu Norisham Abdul Rashid, 42, Mahadin Senan, 41, dan Baharum Ab Manaf, 61, dengan cara melanggar mangsa menggunakan Toyota Hilux.
Tertuduh didakwa melakukan pertuduhan itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan di Tapak Pasar Ramadan di Pekan Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada jam 6.35 petang.
Jika disabitkan kesalahan dia boleh dipenjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mohamad Amin mencadangkan mahkamah membenarkan jaminan RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Bagaimanapun peguam tertuduh Muhammad Adhwa Azfar merayu mahkamah supaya membenarkan jaminan rendah dan munasabah.
"Selepas kejadian, Orang Kena Tuduh (OKT) datang sendiri ke balai polis dan serah diri untuk membantu siasatan. Ini adalah kes jenayah pertama tertuduh, maka saya harap mahkamah mengenakan jaminan serendah RM3,000 dengan seorang penjamin," katanya
Bagaimanapun Ahmad Zuhaini menjelaskan jaminan RM30,000 dicadangkan kerana mengambil kira insiden rempuhan oleh tertuduh membabitkan orang ramai di pasar semasa Ramadan.
Nurul Mardhiah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 1 Julai ini sebagai tarikh serahan dokumen dan sebutan kes.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh iaitu wanita Myanmar dipercayai teman wanita tertuduh, Aye Myat Mon, 25, turut didakwa di mahkamah sama kerana tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah untuk masuk ke negara ini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 (Akta A1154) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6(3) akta yang sama yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Jurubahasa terpaksa membacakan pertuduhan beberapa kali terhadap wanita itu sebelum dia mengangguk sebagai pengakuan bersalah atas tuduhan itu.
Namun selepas dijelaskan hukuman penjara maksimum lima tahun, wanita itu mula panik dan menangis di hadapan hakim merayu supaya jangan memenjarakannya.
"Saya faham (kesalahan dan hukuman)... jangan penjara lima tahun, tolong," katanya sebelum dibawa keluar dari bilik mahkamah disusuli penangguhan pertuduhan seketika.
Selepas pertuduhan disambung dan kesalahannya dibacakan semula, dia mengangguk sebagai memahami dan mengaku bersalah.
Hakim kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dari tarikh dia ditangkap dan mengarahkan rayuannya supaya dihantar pulang ke negara asal dibuat kepada Ketua Pengarah Imigresen.

Jawatan kosong hulu selangor 2020