Search This Blog

Saturday, May 15, 2010

Apabila Aib Jadi Bahan Jajaan Media..

Memang enak jika bergosip, hinggakan kita terlupa batas-batas adab bersosial yang islam  garis pandukan.
Apa sahaja berita tentang seseorang individu baik yang baik bahkan yang buruk, sepantas kilat disebarkan. Dan andai dulu hanya golongan artis yang menjadi mangsanya, tapi kini orang kenamaan juga telah terkena tempiasnya. Bagaimana sekiranya apa yang dihebahkan itu hanyalah sebuah fitnah yang tidak benar sama sekali? Bukankah memfitnah itu sama dosanya seperti membunuh? Maka ramailah pembunuh diMalaysia kita sekarang ini?
Jika benar sekalipun apa yang dihebahkan itu, wajarkah seseorang individu itu di'telanjangi' sebegitu rupa? Keaibannya diwar-warkan diserata pelusok tempat, sebut sahaja berita panas terbaru sudah tentu semua mengetahui! Malah sudah punya pendapat sendiri.. Contohnya kisah rumah tangga tentang sipolan-sipolan yang glamour. Hmm...  Hadis Rasullullah S.A.W ada bersabda "Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah S.W.T akan menutup keaibannya di dunia dan di Akhirat. Dan Allah S.W.T sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong sudaranya." So fikir-fikirkan lah..

Hidup didunia..

Tubuh umpama kereta sewa..
Hanya pinjaman yang perlu dibayar.

Hidup hanyalah perjalanan..
Semakin lama semakin penat (tua).

Bumi pula liku2 jalanannya..
Pelbagai rintangan umpama bukit & gunung ganang yg terpaksa didaki (cubaan & dugaan).

Al-Quran menjadi papan tandanya..
Agar kita jadikan panduan supaya tidak sesat dlm perjalanan ini.

Masa ialah petrolnya..
Akan merugikan & membazirkan jika tidak dimanfaatkan, begitu juga sebaliknya.

Mungkar Nangkir yg menjadi polis trafiknya..
Mencatat saman (dosa) yg perlu dibayar & yg telah dibayar (pahala)untuk dihitung disana.

Amalan adalah bekalan makanannya..
Tanpa bekalan, kita tidak akan bertahan disana.

Dan yang paling penting,
ALLAH lah arkitek teragung yang mencipta perjalanan ini...
Sedarlah wahai manusia, Hidup sebenar hanya kan bermula disana..

Friday, May 14, 2010

Komik Islam? Hmm...

'The 99'
Kartun bertajuk 'The 99' yang telah diterbitkan oleh Naif Al-Mutawa ini menampilkan kisah super hero yang berunsur toleransi dan didikan dalam Islam. Tragedi yang berlaku pada 11 September 2001 memberikan inspirasi pada Mutawa untuk mencari jalan bagi mengubah tanggapan salah terhadap Islam.. Jelasnya, walaupun tidak meletakkan agama dalam komik tersebut, dia mengkaji Al-Quran bagi mencari nilai asas manusia seperti murah hati dan kepercayaan. Komik ini dicetak dalam lapan bahasa termasuk bahasa inggeris dan Arab. Hmm... Sejauh mana keberkesanannya? Wallahhualam....

Fi Sabilillah!!!!

Palestin Oh Palestin!
Perjuangan rakyat Islam Palestin adalah perjuangan umat Nabi Muhammad S.A.W di seluruh dunia. Keistimewaan negara itu kerana adanya Masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah. Muslim di Gaza terus berjuang mempertahankan tempat suci itu hingga ke titisan darah terakhir daripada dinodai nafsu serakah bangsa Yahudi disana. Biarpun Yahudi dianggap manusia paling bijak didunia ini tetapi kerana tiada iman dihati, maka hilanglah harga diri mereka. Sebagai saudara sesama Islam, Ayuh! Kobarkan semangat kalian menyokong perjuangan Palestin sebagai jihad fi sabilillah!!

rockin islam?

Al Farabi Band merupakan pendatang baru dalam dunia rock tempatan. Mereka tampil dengan konsep yang unik berbanding band rock yang lain. Sesuai dengan nama band tersebut konsep mereka lebih terarah kepada keagamaan. Bersesuaian dengan nama band Al Farabi adalah diambil dari nama seorang ilmuan islam yang terkenal iaitu ABU AL-NASR AL-FARABI. Al Farabi merupakan seorang ilmuan yang banyak menyumbang dalam bidang sains, falsafah, sosialogi, perubatan, matematik dan muzik. Konsep keagamaan, ketuhanan dan nasihat cukup jelas menerusi lirik setiap lagu yang dimuatkan dalam mini album mereka. Namun mendengar pada muzik bawaan mereka jelas muzik tipikal rock tidak mampu di sembunyikan Cuma mungkin stail muzik mereka diolah sedikit untuk menyesuaikan bunyi dengan lirik dan konsep bawaan mereka. Secara keseluruhan mini album ini hasilnya kurang memuaskan kalau kita dengar mixing dan imbangan muzik mereka. Apa yang dihasilkan terdengar masih raw(mentah) dan perlu diperhalusi lagi untuk mendapatkan bunyi yang lebih mantap. Kualiti vokal kalau kita amati bunyi harmoni masih boleh diperhalusi lagi. Apapun ini merupakan satu percubaan yang cukup baik dan berani dari Al Farabi Band kerana berani mengusulkan konsep album kegamaan yang jelas. Bukan sebelum ini tiada lagu sebegini seperti lagu dari band Wings – Bernafas dalam lumpur, Hijau bumi tuhan dari XPDC, dari album nasyid kumpulan Mestica lagu Badar 313. Al Farabi tampil dengan berpakaian mengikut lunas-lunas Islam yang mana menereka mengunakan serban dan pemain gitar wanitanya bertudung. Ini merupakan sesuatu yang unik dan agak baru dalam dunia rock tempatan. Mini album Al Farabi Band memuatkan 5 buah lagu iaitu ;


1. Never turn back (Instrumental)


2. Amanat


3. Searching the truth


4. Evolusi


5. Sunnah berjuang.
 
Yang unik dan berbeza dari Al Farabi Band...
Ahli band;
Nasaie - vokalis
Nazrie - gitar utama
Niezam - bass
Syukry - penyanyi latar / percussion
Riena - gitar
Samuel - keyboard
Abdullah - drum

Saturday, May 8, 2010

Novel remaja

NNovel yang agak best untuk dibaca!
Mengisahkan pertemuan dara & teruna yg membawa kepada perbahasan mengenai segala keraguan tentang agama islam.. Dari isu tudung hinggalah pada isu hukum hudud..
Agak menarik kerana cerita digarap melalui kaca mata seorang remaja. Juga diselitkan antara ayat-ayat atau surah-surah dari Al-Quran, jua perbandingan pada kitab Bible..

Rini: Gadis periang yang berasal dari keluarga yang sosial, bersifat sederhana tetapi punya pelbagai keraguan dalam hidup..
Nizam: Pelajar IPTA berambut panjang dan bergitar kapok kesana-sini, tetapi punya pengetahuan yang tinggi tentang agama islam..


Best, cari ah novel ni = )

Prety Paris, Preety France

Their Eiffel Tower are one of the most
amazing architecture in the world..
Their landscape also one of the most
beautiful in the whole world..
And their language sound so romance
to be heard..
BUT.. it so sad that their heart doesn't
seem so look alike..
They hate the most beautiful religion, the
one & only that is Islam...
Hmm.. May they will be given NUR from Allah.. = )

Friday, May 7, 2010

Mencari Cinta? Hmm....

Anda mencari cinta?
Kita tak semestinya
dapat apa yang
kita mahu @ yang kita
cari...
Even yang telah dimiliki
pun bisa kita terlepas
dari genggaman?
Tapi silapnya, ramai yang
hanya menunggu berbanding
yang berani berusaha...
Remember my frenz..
Tuhan tidak kan mengubah
nasib sesuatu kaum jika
mereka tidak berusaha..
Kita cuma manusia biasa,
fitrah manusia bergantung
pada Yg Esa..

Dugaan dariNya..

Once, sy pernah bermimpi akan banjir besar yang terpaksa saya hadapi...
Nasiblah di bukit yang tinggi menghulurkan budi, dapatlah saya lari dan
terus berdiri.. Sambil memerhati.. Tapi yg pelik, hanya saya didunia itu..
   Lepas berhari2.. mksud dicari, jumpalah maksud tersiratnya mimpi..
Dugaan kan datang, terpaksalah dihadapi... Now, telah hampir 4 tahun
Still dugaan yang sama terpaksa dihadapi.. Walau gigih cuba berdiri, tetapi
tetap jatuh sendiri..
   Jangan dimarahi Tuhan, hilang mentari kerna hujan.. Rupanya DIA mahu
hadiahkan Pelangi sebagai ganti... Itu je lah jadi pegangan.. Hidup oh Hidup..