Salam.
Islamkah kita? Pernahkah anda melihat bagaimana kehidupan sehari-hari dinegara barat? atau dinegara Jepun? Cuba perhatikan bagaimana mereka saling hormat menghormati hak sesama mereka... Itulah yang dituntut Islam. Cuma sayangnya mereka tidak beriman.
Kita mungkin tertipu kerana telah lama disogok dek filem-filem barat yang berunsur keganasan? Malah itu pula yang menjadi ikutan kita.. Tetapi disebalik semua itu, jika kita hayati dengan baik kita dapat melihat cara kehidupan mereka yang sistematik..
Contoh yang paling mudah ialah dijalanraya. Tidak kira walau sesak mana sekalipun, panjang mana sekalipun, mereka tetap beratur dilorong mereka. Bagaimana pula dengan kita? Kita yang dilahirkan Islam.. Dua lorong menjadi tiga? itu lumrah.. malah boleh menjadi empat lorong?! Kenapa? Kerana semua berlumba sesama sendiri demi kepentingan diri.. Cara islamkah itu? Tidak dinafikan ia telahpun menjadi kebiasaan, bahkan saya sendiri begitu.. Kecepesh terpalit dimuka sendiri huhu.. Kita nak berubah mungkin agak sukar..
Jadi dimanakah patut kita mulakan? Jawapannya, iaitu sewaktu anak kita didalam perut lagi.. Banyakkan Zikrullah.. Dan sewaktu kecil, kita sewajarnya memberi contoh yang baik pada mereka.. Berubah demi anak-anak dan keluarga.. Ingat, budak-budak kecil belajar melalui apa yang dilihat & didengar..
Sekadar pesanan untuk saya dan yang sudi membaca.. Salam..
Search This Blog
Wednesday, March 6, 2013
Islamkah kita?
Monday, June 20, 2011
Should i blame faith or just me?
Siapa kita sekarang? Hmm.. Kadang2 tapi selalu juga lah, aku rasa aku boleh jadi lebih baik dari apa yg aku capai hari ini.. Tapi satu demi satu yg menghalang.. Hmm..
Hidup itu punya pelbagai pilihan, dan masalah adalah bunga2 kehidupan. Itu pendapat aku.. Tiap pilihan yg kita buat, telah ditentukan pengakhirannya oleh Ilahi.. Dari sekecil2 pilihan, hinggalah yg membabitkan nyawa kita..
Jadi jika aku salahkan takdir, maka secara tak lansung aku salahkan penentuNya? Astarghfirullah.. Berdosalah aku..
Kita dilahirkan ke dunia dgn hati yg 'suci'.. Ibubapalah yg membuat pilihan utk kita.. Kemudian setelah kita pandai berfikir, pilihan itu milik kita utk memilih.. Yg baik atau yg buruk?
Jadi siapa jua kita sekarang, bukankah hasil dari setiap pilihan kita?
"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa2 kami.. Sesungguhnya, Engkaulah Yg Maha Mengetahui.. Tunjukkanlah kami jalan2 yg telah Kau tunjuk pada muslimin2 yg terdahulu sebelum kami.. Aminn"
Hidup itu punya pelbagai pilihan, dan masalah adalah bunga2 kehidupan. Itu pendapat aku.. Tiap pilihan yg kita buat, telah ditentukan pengakhirannya oleh Ilahi.. Dari sekecil2 pilihan, hinggalah yg membabitkan nyawa kita..
Jadi jika aku salahkan takdir, maka secara tak lansung aku salahkan penentuNya? Astarghfirullah.. Berdosalah aku..
Kita dilahirkan ke dunia dgn hati yg 'suci'.. Ibubapalah yg membuat pilihan utk kita.. Kemudian setelah kita pandai berfikir, pilihan itu milik kita utk memilih.. Yg baik atau yg buruk?
Jadi siapa jua kita sekarang, bukankah hasil dari setiap pilihan kita?
"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa2 kami.. Sesungguhnya, Engkaulah Yg Maha Mengetahui.. Tunjukkanlah kami jalan2 yg telah Kau tunjuk pada muslimin2 yg terdahulu sebelum kami.. Aminn"
Susah nak jaga hati wanita? Isteri? Gepren? Kawan pmpuan?
Ramai yg kata susah nak amik hati pempuan? Senang jek, utk ambil ati pempuan anda cuma perlu Jadi..
1.pemurah
2.Jujur
3.Driver
4.tukang kebun
5.tukang cuci
6.tukang masak
7.simpati
8.berimiginasi
9.empati
10.pengkritik
11.pemuji
12.sederhana
13.lurus bendul
14.penasihat
15.juru motivasi
16.juru arah
17.guru
18.sahabat
19.teman
20.kuat
21.sehat
22.tinggi
23.kaya
24.banyak harta
25.kemas
26.bersih
27.segak
28.peramah
29.tolak ansur
Dan yg paling penting,
30.selalu mengalah!!
1.pemurah
2.Jujur
3.Driver
4.tukang kebun
5.tukang cuci
6.tukang masak
7.simpati
8.berimiginasi
9.empati
10.pengkritik
11.pemuji
12.sederhana
13.lurus bendul
14.penasihat
15.juru motivasi
16.juru arah
17.guru
18.sahabat
19.teman
20.kuat
21.sehat
22.tinggi
23.kaya
24.banyak harta
25.kemas
26.bersih
27.segak
28.peramah
29.tolak ansur
Dan yg paling penting,
30.selalu mengalah!!
Sunday, April 10, 2011
Kecewa putus cinta?
Salam pembuka kata.. Pelik, kenapa yek? Bila putus cinta, ramai antara kita yg umpama kena hukuman mati? Dah macam hidup ni takde benda lain yg bermakna lagi dah? Bukankah ada lagi perkara perkara lain yang penting dalam hidup kita? Malah lebih penting lagi... Tapi sayang kita terlalu memandang berat kearah itu, sedangkan yang 5 tu pun memanjang ter'missed'... Aduss kasihan mereka.. Sedarlah wahai kengkawan.. Hidup ni umpama sebuah buku. Biarlah kita hanya selak helaian demi helaiannya, jika tidak berjaya just selak halaman yang sebelah. Janganlah kita tutup terus? Kerna ia akan tertutup sendiri dengan perkara yg kita tidak tahu bila.. MAti..
Sunday, November 14, 2010
Dimana kita sekarang kerana takdir atau hasil usaha? hmmm....
Berapa ramai yang percaya semua yg berlaku kerana 'dah takdirrrr'? Fikirkanlah apa yang aku nak sampaikan ni, ada tiga perkara yang telah tertulis untuk hidup kita didunia semasa didalam rahim ibu iaitu : rezekinya, ajalnya, dan jodohnya.. Haa... so cube fikir balik betol ke dimana kita ada sekarang adalah kerana takdir jek? atau kerana hasil apa yang telah kita lakukan sebelum2 ini? Tuhan itu Maha Pemurah, diberiNya pelbagai pilihan dalam hidup. So bagi aku, takdir hanya terjadi setelah kita membuat pilihan dalam hidup. Contohnya, ada dua simpang.. ke kiri KLCC dan ke kanan Masjid Negeri? jika kita pilih ke kiri misalnya, so takdirnya kereta rosak.. dan mybe kekanan takdirnya org belanja makan.. or mybe gak sebaliknya? tak bermakna pabila kita membuat pilihan yang baik, semuanya akan baik belaka? Kerana Tuhan suka menguji hamba yg disayangiNya.. Tapi yg sebenar2 balasan samada baik atau buruk hanya kita dapat di Alam yg 'akan datang'... tilll then, daaaa =P
Salam Barakah...
Adoi dah mcm tiga tahu tak berblog, bz keja huhu.... gpown x ramai yg nak bace n komen, so jadi malas =P
Monday, July 19, 2010
Bagi perempuan, kebenaran itu menyakitkan ke? Hmm...
Ada satu pasangan suami isteri, Si isteri mencuba satu pakaian dipasaraya... Pabila si isteri bertanya, "Abang cantik tak baju ni?" Apakah yang perlu dijawab oleh si suami? Sedangkan isterinya bertubuh gempal bak seguni beras cap taj mahal! Adakah dia perlu menjawab "Tak cantik ah, kecik sangat.." si isteri akan menyangka suaminya mengatakan yg bahawanya dia gemuk! Mungkin juga "Tak cantik ah, besar sangat.." si isteri pula akan menyangka suaminya memerlinya?! Ataupun suaminya hanya perlu memalingkan kepala kepada promoter diseberang sana dan menjawab "cantik yang..." Oh kebenaran memang menyakitkan... Tetapi apakah reaksi si isteri jika tahu yang suaminya menipu pula? Even perkataan 'tak cantik' itu sendiri akan mengundang amarah si isteri? Nak tak nak terpaksalah si suami menjawab dengan jawapan yang berunsur tipooo sunat. Hmmm.... Bukankah kamu perempuan tidak suka lelaki yang menipu? tetttttt.... Hik3...
**Sisuami itu menipu untuk menjaga hati isterinya, kan ke bagus tu? Tipu sunat hehe**
Friday, July 16, 2010
bursa saham akhirat?
Hitam putih, itu kehidupan.. Timbul tenggelam jua kehidupan.. Apa yg kekal? Tiada satupun.. Yg ada cuma bekalan kita ke sana. Hai macamana laa saham aku disana gamaknya? Adakah pahala melebihi dosa? Atau dosa pula yang melebihi pahala? x ke naya?? Kalau aku boleh dapat maklumat bocor lah, rasanya tak bangun2 dah aku dari tikar sejadah tu?! Ofcoz dengan konfidennya aku tau dosa aku banyak! Itu yang aku sedar dan ingat.. Yang aku tak sedar dan lupe tu tak kire?? Yg curik rambutan kebun amat, yg kutuk dan gosip atan, yg potong barisan kat lampu isyarat, yg buang tisu kat tepi jalan.. Banyaknye dosa aku.. Sikit-sikit tak ke jadi bukit? Ntah-ntah dah jadi gunung pun?! Maha Pemurah, Dia tetap jua tak jemu-jemu menanti aku bertaubat.. Tapi kita dah terlalu terbiasa, apa yg kita dapat kita tak pernah syukuri.. Bangun pagi-pagi sehat tapi tak terucap Alhamdulillah.. Owh aku, sedarlah aku masa untuk mencantas gunung dosamu sebelum terlambat! :-P
Wednesday, July 14, 2010
menuju puncak?
Paul Marteini sorg yang aku pun tak kenal, tapi aku suka ayat mat saleh ni katanya.. 'the only job that u can start from the top, is digging a hole' firstly, maknanya tidak ada sesuatu kejayaan yg bermula dari atas! Secondly, if kita mula gak dari atas hasilnya kita makin lama makin jauh kebawah.. Betul xgak kata dia nie.. Think guys think!
Thursday, July 1, 2010
Kawan atau lawan? Hmm
'Bersahabat dengan sahabat yang baik umpama bersahabat dengan sipenjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperoleh minyak wanginya, tetapi kita tetap akan terkena tempias wangiannya.. (mcm yg ada kat uptown tu? tepis mcmn pon musti kena gak.. x pasal2 wangi semerbak jek satu keta! len mcm tu dude?! x ke naya?!) Bersahabat dengan sahabat yg jahat pula umpama bersahabat dengan situkang besi, walaupun kita tidak terkena percikan apinya, tetapi kita tetap tidak dapat mengelak bau asapnya?! (mcm mat rempit, dia tak kenal aku pon? tapi kat trafic light, abis lekat bau myk 2t kat baju aku? kalo aku tau awal2 g aku tutop tingkap & bukak ekon? hampeh)'
So dimana kita? Dan siapa sahabat kita? Fikir2kn lah dan selamat beramal! Huhu
So dimana kita? Dan siapa sahabat kita? Fikir2kn lah dan selamat beramal! Huhu
Subscribe to:
Posts (Atom)