Salam.
Islamkah kita? Pernahkah anda melihat bagaimana kehidupan sehari-hari dinegara barat? atau dinegara Jepun? Cuba perhatikan bagaimana mereka saling hormat menghormati hak sesama mereka... Itulah yang dituntut Islam. Cuma sayangnya mereka tidak beriman.
Kita mungkin tertipu kerana telah lama disogok dek filem-filem barat yang berunsur keganasan? Malah itu pula yang menjadi ikutan kita.. Tetapi disebalik semua itu, jika kita hayati dengan baik kita dapat melihat cara kehidupan mereka yang sistematik..
Contoh yang paling mudah ialah dijalanraya. Tidak kira walau sesak mana sekalipun, panjang mana sekalipun, mereka tetap beratur dilorong mereka. Bagaimana pula dengan kita? Kita yang dilahirkan Islam.. Dua lorong menjadi tiga? itu lumrah.. malah boleh menjadi empat lorong?! Kenapa? Kerana semua berlumba sesama sendiri demi kepentingan diri.. Cara islamkah itu? Tidak dinafikan ia telahpun menjadi kebiasaan, bahkan saya sendiri begitu.. Kecepesh terpalit dimuka sendiri huhu.. Kita nak berubah mungkin agak sukar..
Jadi dimanakah patut kita mulakan? Jawapannya, iaitu sewaktu anak kita didalam perut lagi.. Banyakkan Zikrullah.. Dan sewaktu kecil, kita sewajarnya memberi contoh yang baik pada mereka.. Berubah demi anak-anak dan keluarga.. Ingat, budak-budak kecil belajar melalui apa yang dilihat & didengar..
Sekadar pesanan untuk saya dan yang sudi membaca.. Salam..
Search This Blog
Wednesday, March 6, 2013
Islamkah kita?
Subscribe to:
Posts (Atom)