Ada satu pasangan suami isteri, Si isteri mencuba satu pakaian dipasaraya... Pabila si isteri bertanya, "Abang cantik tak baju ni?" Apakah yang perlu dijawab oleh si suami? Sedangkan isterinya bertubuh gempal bak seguni beras cap taj mahal! Adakah dia perlu menjawab "Tak cantik ah, kecik sangat.." si isteri akan menyangka suaminya mengatakan yg bahawanya dia gemuk! Mungkin juga "Tak cantik ah, besar sangat.." si isteri pula akan menyangka suaminya memerlinya?! Ataupun suaminya hanya perlu memalingkan kepala kepada promoter diseberang sana dan menjawab "cantik yang..." Oh kebenaran memang menyakitkan... Tetapi apakah reaksi si isteri jika tahu yang suaminya menipu pula? Even perkataan 'tak cantik' itu sendiri akan mengundang amarah si isteri? Nak tak nak terpaksalah si suami menjawab dengan jawapan yang berunsur tipooo sunat. Hmmm.... Bukankah kamu perempuan tidak suka lelaki yang menipu? tetttttt.... Hik3...
**Sisuami itu menipu untuk menjaga hati isterinya, kan ke bagus tu? Tipu sunat hehe**
Search This Blog
Monday, July 19, 2010
Friday, July 16, 2010
bursa saham akhirat?
Hitam putih, itu kehidupan.. Timbul tenggelam jua kehidupan.. Apa yg kekal? Tiada satupun.. Yg ada cuma bekalan kita ke sana. Hai macamana laa saham aku disana gamaknya? Adakah pahala melebihi dosa? Atau dosa pula yang melebihi pahala? x ke naya?? Kalau aku boleh dapat maklumat bocor lah, rasanya tak bangun2 dah aku dari tikar sejadah tu?! Ofcoz dengan konfidennya aku tau dosa aku banyak! Itu yang aku sedar dan ingat.. Yang aku tak sedar dan lupe tu tak kire?? Yg curik rambutan kebun amat, yg kutuk dan gosip atan, yg potong barisan kat lampu isyarat, yg buang tisu kat tepi jalan.. Banyaknye dosa aku.. Sikit-sikit tak ke jadi bukit? Ntah-ntah dah jadi gunung pun?! Maha Pemurah, Dia tetap jua tak jemu-jemu menanti aku bertaubat.. Tapi kita dah terlalu terbiasa, apa yg kita dapat kita tak pernah syukuri.. Bangun pagi-pagi sehat tapi tak terucap Alhamdulillah.. Owh aku, sedarlah aku masa untuk mencantas gunung dosamu sebelum terlambat! :-P
Wednesday, July 14, 2010
menuju puncak?
Paul Marteini sorg yang aku pun tak kenal, tapi aku suka ayat mat saleh ni katanya.. 'the only job that u can start from the top, is digging a hole' firstly, maknanya tidak ada sesuatu kejayaan yg bermula dari atas! Secondly, if kita mula gak dari atas hasilnya kita makin lama makin jauh kebawah.. Betul xgak kata dia nie.. Think guys think!
Thursday, July 1, 2010
Kawan atau lawan? Hmm
'Bersahabat dengan sahabat yang baik umpama bersahabat dengan sipenjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperoleh minyak wanginya, tetapi kita tetap akan terkena tempias wangiannya.. (mcm yg ada kat uptown tu? tepis mcmn pon musti kena gak.. x pasal2 wangi semerbak jek satu keta! len mcm tu dude?! x ke naya?!) Bersahabat dengan sahabat yg jahat pula umpama bersahabat dengan situkang besi, walaupun kita tidak terkena percikan apinya, tetapi kita tetap tidak dapat mengelak bau asapnya?! (mcm mat rempit, dia tak kenal aku pon? tapi kat trafic light, abis lekat bau myk 2t kat baju aku? kalo aku tau awal2 g aku tutop tingkap & bukak ekon? hampeh)'
So dimana kita? Dan siapa sahabat kita? Fikir2kn lah dan selamat beramal! Huhu
So dimana kita? Dan siapa sahabat kita? Fikir2kn lah dan selamat beramal! Huhu
Subscribe to:
Posts (Atom)